Antara Adun DAP yang fasih Quran & UMNO yang hina Quran..




"Wakil Canning dari DAP yang juga merupakan Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak telah dua kali menyelitkan ayat al-Quran semasa membahaskan Bajet 2009 Negeri Perak sebelum ini , lapor Harakah.

Wong Kar Woh mendapat perhatian semua apabila beliau membacakan ayat ke-12 dari Surah
Al-Hujurat.

Beliau menekan bahawa kita semua adalah adik beradik berdasarkan dari ayat tersebut. Lulusan undang-undang dari UIA ini reti membaca Quran sekalipun bukan beragama Islam. Kita bandingkan pula dengan UMNO yang menghina Quran apabila membuat fitnah bahawa Islam memerlukan 4 orang saksi dalam kes rogol. Mari lihat siapa Wong ini…

Wong Kar Woh, sebelum beliau menghabiskan ucapannya, beliau sempat membaca kalimah "Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar" dari surah Ali Imran ayat 110. Kita semua berdoa agar mudah-mudahan hati mereka akan terbuka untuk masuk Islam suatu hari nanti.

Mungkin suatu hari nanti, kaum Cina di Malaysia akan terbuka hati untuk menganut Islam tetapi kita juga bimbang, suatu hari nanti, kaum Melayu UMNO akan lebih jauh dari Islam dan mung
kin murtad tanpa sedar. Budaya memfitnah dan menganiayai orang dipopularkan oleh UMNO. Quran dijadikan bahan jenaka apabila pelaksanaan Syariah ditentang kuat oleh UMNO kononnya bukan ajaran Islam sebaliknya ajaran PAS. Rang Undang-undang Hudud didakwa merupakan Hudud PAS sekalipun syariat Islam untuk semua orang Islam.

Saya berpeluang belajar bersama Wong Kar Woh sewaktu di UIA. Saya pernah tanyakan pendapatnya tentang kerajaan. Wong menjawab bahawa beliau merupakan pelajar undang-undang yang mendapat markah tertinggi di fakulti tetapi tidak diberikan sebarang bantuan atau biasiswa semata-mata kerana beliau bukan Melayu. Beliau juga kerap mendapat markah tertinggi untuk subjek-subjek syariah tetapi jauh di lubuk hati, beliau di diskriminasi apabila UMNO/kerajaan BN enggan memberi sebarang bantuan. Semua orang susah patut dibantu tanpa mengira kaum..

Jauh dilubuk hati saya, saya melihat orang bukan Islam seperti Wong ini jauh lebih Islamik dalam aspek tertentu berbanding orang UMNO yang mengaku Islam tetapi kerap menentang Islam samada secara sedar atau tanpa sedar. Masih terngiang-ngiang di telinga saya ejekan ahli UMNO kononnya kalau dilaksanakan hudud, orang Islam akan tiada tangan. Masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata bekas bos UMNO, Tun Mahathir bahawa Rasullullah SAW tidak mencukur janggut kerana tiada Gillatte (pisau cukur).

Saya tahu bahawa akan ada pencacai UMNO yang akan mendakwa DAP anti-Islam. Kalau dakwaan itu benar, mengapa DAP menerima Menteri Besar dari PAS di Perak dan memerintah P.Pinang selaras dengan keadilan Islam? Kita perlu berhati-hati dalam berkawan dengan DAP tetapi sekurang-kurangnya kita boleh berkawan dengan DAP. Kita tidak takut akan ditikam dari belakang seperti yang berlaku apabila kita berkawan dengan UMNO dulu.

Bagi anda, anda selesa berjiran dengan ahli DAP yang reti al-Quran atau ahli UMNO yang suka mempersendakan al-Quran??"

No comments

Powered by Blogger.