berita dalam kain-malaysiakini


" Salam, pertama-tamanya alhamdulillah kerana kita dapat lagi bersama didalam alam internet ini. Pagi tadi pak leh dikejutkan dengan satu panggilan telepon, datangnya dari kuala lumpur, iaitu orang besar-besar di sana. Beliau mengaatakan Terengganu bakal memperoleh MB baru.

Hal ini dilihat setelah Datuk Ahmad Said gagal mempengaruhi dan membendung ahli-ahli Exco nya dari bertanding di Bahagian. Ahmad dilihat tidak berjaya juga didalam mengurus dan mentadbir kerajaan.

Pak Leh juga bertanya siapa yang akan menggantikaan Ahmad,katanya tak jauh Pak Leh,org kuala nerus. Pak Leh terus paham apabila disebut 'orang kuala nerus'!.Satu nama yang disebut olehnya iaitu DANIF@Dato Nasir Fikri.

Hairan juga bagaimana seorang MP boleh menjadi MB?Katanya Dato Najib telah memberi restu untuk Dato Nasir menerajui Negeri Terengganu jadi Dato Najib telah menghantar orangnya untuk berbincang dengan Yb Razif supaya meletakkan jawatannya sebagai Adun Seberang Takir.Dengan mudah Dato Nasir akan menang bertanding di kawasan itu.Katannya nama Dato Nasir sudah mendapat restu dari pucuk pimpinan parti dan Istana.

Datuk Ahmad pula dikatakan akan dipindahkan ke pusat untuk menjadi menteri penuh,manakala Razif akan dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan.Walaubagaimana pun ini maklumat yang Pak Leh terima,kesahihannya masih belum pasti selagi belum ada pengumuman dari pusat,mengikut situasi politik dinegara kita kini,susah untuk menjangka,bak kata pepatah,kita merancang tuhan menentukan"

No comments

Powered by Blogger.