umno kelantan dalam kehancuran-malaysiakini


  1. UMNO TANAH MERAH buat laporan polis di Balai Polis Sentul terhadap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung dengan salah urus tadbir beliau berkenaan mesyuarat agung bahagian tersebut.

Pemangku Ketua Bahagian UMNO Tanah Merah, Nik Kamaruzzaman Sulong berkata tiga laporan polis telah dibuat iaitu di Kota Bharu terhadap Jawatankuasa Pemilih/Pemantau Negeri Kelantan yang diketuai oleh Pegawai Khas Tan Seri Annuar Hj Musa, Tuan Hashim Tuan Yaacob yang sedang berhadapan dengan notis kebangkrapan sekarang ini. Laporan itu dibuat kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan yang berlaku pada Buku Laporan Persidangan Cawangan.

Laporan polis juga dibuat terhadap Tengku Adnan yang dituduh mengfitnah Jawatankuasa Bahagian Tanah Merah dan juga kerana beliau mengambil alih persidangan cawangan dan pengendalian mesyuarat bahagian oleh Badan Perhubungan Negeri Kelantan.

Manakala laporan polis terbaru dibuat terhadap Tengku Adnan juga mengenai penghantaran notis mesyuarat perwakilan bahagian yang terlewat dari tarikh yang tertera pada surat notis tersebut.

  1. UMNO KUBANG KERIAN didesak tangguhkan Mesyuarat Agung. Lebih 30 cawangan yang rata-ratanya penyokong Naib Ketua Bahagian, Datuk Muhammad Abdul Ghani membuat desakan tersebut kerana cawangan-cawangan tersebut dikatakan bermasalah dan belum bermesyuarat lagi.
    Pemuda Kubang Kerian berdemo tuntut keadilan.

    Pemuda Kubang Kerian berdemo tuntut keadilan.

Menurut Muhamad, sebelum ini 23 cawangan sudahpun mengadakan mesyuarat masing-masing akan tetapi tidak diterima oleh pihak pemantau. Seolah-olah pihak pemantau bermain politik dan menyokong orang-orang tertentu sebagaimana apa yang berlaku di Tanah Merah.

Muhamad tidak layak bertanding Ketua Bahagian kerana tidak cukup pencalonan dari cawangan. Sebelum ini penyokong-penyokong beliau telah menyerah memorandum kepada UMNO Negeri.

  1. PENGKALAN CHEPA mendapat Ketua Wanita Baru tetapi terus diprotes oleh Bekas Ketuanya. Zarina Md Eusope mendapat undi sebanyak 128 mengalahkan penyandangnya Ruhani Mamat yang mendapat 117 undi.

Walau bagaimanapun Ruhani yang menerajui pergerakan itu selama 28 tahun masih tidak berpuashati dan mempertikaikan jumlah perwakilan yang diumumkan oleh Pengerusi Tetap iaitu seramai 218 orang sedangkan yang mengundinya 250 orang. Para penyokong Ruhani mendesak diadakan pengundian semula dan akan membawa perkara tersebut kepada pihak atasan.

  1. KUALA KRAI perbalahan Puteri UMNO Bahagian masih berlarutan. Ketua Puteri yang baru, Suzaini Adlina Sukri dan Naibnya, Zuraihah Muhammad telah berkompromi bagi menentukan kedudukan jawatan masing-masing. Ianya juga telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemilih/Pemantau Negeri.

Malangnya, Zuraihah dan AJK beliau tidak dibenarkan masuk ke Mesyuarat Agung. Pintu pagar dikunci. Bahkan Setiausaha Bahagian, Salleh Che Haron juga tidak dibenarkan masuk.

  1. PASIR MAS mungkin bermesyuarat semula. Ini kerana ada dikalangan perwakilan yang telah disogok dengan wang semasa pemilihan parti 1 November lalu. Mereka mendakwa menerima RM1,300 daripada calon yang bertanding merebut jawatan tersebut.

Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 49 tahun telah membuat laporan kepada Setiausaha Agung UMNO mengenai rasuah tersebut. Menurut beliau, pada perjumpaan di sebuah hotel di Kota Bharu jam lebih kurang 12.00 malam, seorang lelaki yang mendakwa menjadi wakil calon kepada yang berkenaan telah memberikan dua sampul surat yang berjumlah RM1000 dan RM300 supaya mengundi calon tersebut. Beliau juga memaklumkan bahawa calon tersebut tidak dapat hadir.

Dalam pertandingan tersebut, Hanafi Mamat yang juga Timbalan Ketua Bahagian telah berjaya menewaskan Fauzi Mohamad bekas ADUN Tendong. Manakala jawatan timbalan telah dimenangi oleh Che Johan Che Pa mengalahkan bekas Ketua Pemuda, Rosdi Mamad.

No comments

Powered by Blogger.