Dewan Rakyat Hari Ini - Malaysiakini


Sesi Soalan Jawab Lisan

(10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah pegawai dan kakitangan Kemas di seluruh negara mengikut taraf jawatan tetap, kontrak, sambilan dan sebagainya dan apakah Kerajaan bercadang untuk menyerapkan seluruh kakitangan kontrak yang ada ke jawatan tetap.

2. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah peruntukan elaun kebajikan tergendala sehingga banyak antara mereka yang tidak dapat bantuan bulanan secara tersusun, mengapa ini berlaku.

3. Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan cadangan sesetengah pihak supaya tanda-tanda jalan dan nama-nama tempat ditulis dalam berbagai bahasa, demi untuk kemudahan pelancong yang datang ke negara ini.

4. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah progresif untuk membangunkan tanah-tanah terbiar di kampung-kampung (tidak termasuk tanah padi) dan apakah sumbangan terhadap tuan tanah dan mekanisme pemantauan supaya projek pembangunan tanah terbiar berjaya.

5. Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI
KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan namanama projek (Pembinaan Baru) Jalan Luar Bandar (JALB) yang akan dilaksanakan di kawasan Parlimen Serian dalam RMK-9.

6. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pendatang tanpa izin bermula dari tahun 1997 hingga 2007 serta kos ke atas setiap seorang bagi menghantar pulang ke negara asal.

7. Puan Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) apakah pemeriksaan yang diambil untuk memastikan tayar terpakai import ada pada taraf keselamatan sebelum dijual kepada pengguna; dan
(b) bilangan kemalangan jalan raya akibat penggunaan tayar
terpakai import.

8. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menaikkan harga atau subsidi padi berikutan dengan kenaikan melampau harga beras.

9. Tuan Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kutipan pelbagai zakat yang berjaya dikutip oleh Kerajaan pada tahun 2006-2007 dan yang terkini serta langkah-langkah terbaru dan berkesan bagi memastikan mereka yang sepatutnya membayar zakat boleh melaksanakannya dengan cara yang mudah dan canggih.

10. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah yang dianggap berjaya mengurangkan kemalangan jalan raya berdasarkan penilaian pihak Kerajaan.

11. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah ada perancangan Kementerian untuk membangunkan sebuah kolej komuniti di Wilayah Persekutuan Labuan.

12. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan memandangkan E-Petrol yang dikeluarkan untuk nelayan pesisir pantai sering mengalami masalah "server down", akibatnya hanya urus niaga pembelian yang terhad dapat dilakukan dan dalam amaun yang terlalu kecil. Adakah Menteri sedar perkara ini dan tindakan yang diambil bagi memastikan golongan nelayan terbabit mendapat apa yang telah diperuntukkan untuk mereka.

13. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah peruntukan yang dibelanjakan sebagai bayaran insentif (BISP) bagi guru-guru dan pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris semenjak ia diperkenalkan, kenapa ada sebilangan pengajar yang belum menerima bayaran ini.

14. Tuan Roslan bin Shaharum [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) jumlah sebenar projek-projek (ibu pejabat, balai, kompleks logistik, pusat latihan, lokap, maktab dan perumahan polis) di seluruh negara yang diuruskan oleh syarikat Pembinaan BLT Sdn. Bhd. (PBLT) Berapakah nilai kesemua projek-projek tersebut; dan
(b) nyatakan kontraktor-kontraktor Bumiputera yang terlibat.

15. Tuan Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kerajaan mempunyai piawaian untuk menentukan sama ada sesuatu sayur-sayuran serta buah-buahan yang dijual di pasaran adalah tanaman organik atau tidak. Kalau tidak, mengapa.

Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.

Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 18 -
Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :-
(a) punca pihak NTV7 dan 8TV dibenarkan menyiarkan program yang berunsurkan seks, menjolok mata dan tahyul seperti Desperate Housewives, Elly, Deal or No Deal, Beauty & The Geek, American's Next Top Model, Seekers, Ghost dan sebagainya; dan
(b) apakah program-program berkenaan telah benar-benar ditapis oleh pihak Kementerian sebelum ditayangkan.

Soalan No. 23 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah ada kuota secara persefahaman untuk memperoleh senjata di kalangan negara ASEAN bagi menguruskan perlumbaan senjata di antara negara anggota.



Soalan No. 29 - Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah hasil siasatan dalaman perisian keputusan Sukan Malaysia (SUKMA) dan adakah Kementerian juga menjalankan siasatan berkaitan isu kejohanan bola sepak Piala CYC yang mengakibatkan negara menanggung kerugian sehingga RM14 juta serta nyatakan hasil siasatan tersebut.

Sesi Perbahasan Usul/ Perbahasan Bajet 2009 pada peringkat Jawatankuasa (mulai jam 11.30 pagi)

1. Menyambung Perbahasan Peringkat Jawatankuasa, Kepala Bekalan & Pembangunan B1-B9 dan B40/P6-P7 Jabatan Perdana Menteri () - Perbahasan
Sumber: mppas

No comments

Powered by Blogger.