apa yang berlaku di kuala terengganu malam tadi?~malaysiakini

Terengganu: Majlis Perasmian FEI-WEC Berakhir Dengan Konsert Liar - Malaysiakini

http://buletinonline.net/images/berita13/perasmianfeiwec4.jpg
Kuala Nerus – Sebaik sahaja Yang DiPertuan Agong Agong meninggalkan majlis, Perasmian FEI-WEC 2008 di Stadium Sultan Mizan dekat sini lewat malam semalam bertukar menjadi kosert liar.

Sekitar jam 11 malam, selepas pertunjukkan bunga api dan pengacara majlis mengumumkan keberangkatan pulang Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri, diikuti Perdana Menteri (OOppppsss) Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Terengganu keluar dari majlishttp://buletinonline.net/images/berita13/perasmianfeiwec1.jpg.

Konsert kemudiannya disambung dengan persembahan penyanyi Saleem dan anak-anak muda mula meluru turun menuju kehadapan pentas.(Gambar kanan - M.Nasir bergelek atas pentas)

Persembahan perasmian FEI-WEC 2008 yang agak sopan dengan lagu puisi dan berentak perlahan sewaktu kehadiran Tuanku Sultan, bertukar menjadi liar ala ‘woodstock’.


Beberapa artis lain yang turut mempersembahkan ‘hidangan panas’ menyebabkan dalam sekelip mata bahagian hadapan pentas dipenuhi dengan muda mudi yang bercampur baur lelaki dan perempuan.


Umpama anak-anak yang ‘tiada ibu bapa dan penjaga’ di rumah, muda-mudi mula bebas melakukan aksi-aksi sebagaimana yang biasa dilihat dalam konsert ‘budaya kuning’ (gambar bawah/kiri - anak muda lelakitanpa segan silu berjoget).
http://buletinonline.net/images/berita13/perasmianfeiwec2.jpg
Ramai anak muda lelaki yang berebut-rebut bersalaman dengan penyanyi wanita diatas pentas yang sengaja menghulurkan tangan, meniru ‘style’ artis Barat.

Tanpa segan silu, di atas ‘trek bitumen’ acara olahraga, anak-anak muda lelaki yang bergelek dan yang perempuan ‘bergedik-gedik’ menari, apabila detak jantung mereka bertambah laju mendengar rentak muzik yang semakin deras.


Sehinggakan mereka tidak sedar bahawa waktu telah melewati jam 12.00 tengah malam, bila penyanyi Mila ‘terloncat-loncat’ berdendang di atas pentas.

Tepat jam 12.30 tengah malam, pengacara mengumumkan Jamal Abdillah, Mawi dan Ramli Sarip akan muncul lagi, setelah M.Nasir yang berumur 50-an bergelek didepan anak-anak muda yang sebaya dengan anak-anaknya sendiri. (Gambar bawah/kanan - anak muda perempuan bergedik-gedik)
http://buletinonline.net/images/berita13/perasmianfeiwec3.jpg
Mereka yang hanyut seolah-olah mahu berhibur hingga waktu subuh tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman pembatalan kemunculan artis berkenaan dan konsert dihentikan.

Bukan kerana para artis tidak mahu menghiburkan mereka dan bukan juga mereka tidak bersedia untuk terus bertepuk tangan, bergedik dan berjoget.

Ia dihentikan hanya kerana para pekerja stadium telah habis tugas dan mahu pulang kerumah masing-masing serta stadium akan ditutup!


Kerajaan negeri dibawah Barisan Nasional sepatutnya bertanggungjawab menghentikan sebarang persembahan apabila telah selesai majlis perasmian pada jam 11 malam.

Namun mungkin Ustaz Khazan, Exco Ugama Negeri tidak ada untuk menentukan konsert selepas itu samada ‘haram atau halal’ dengan keadaan yang bercampur baur dan anak-anak muda lelaki perempuan, bergedik dan berjoget!!!!
- Buletin

No comments

Powered by Blogger.