ini dinamakan perubahan~malaysiakini


"Kepada semua wakil rakyat contohilah Insan ini

Saya adalah insan kerdil yang menentang jika ada yang menyerang, yang menegur jika ada yang alpa, tetapi saya menghormati kepada sesiapa yang patut dipuji.

Pada 21hb Sept 2008 dalam titipan saya, (baca di sini) saya menegur dengan keras kealpaan beberapa orang EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Antara lain titipan saya yang terdahulu menyatakan:

Majlis Perbandaran Sepang dizaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dalam mesyuarat penuh EXCO Majlis akhir tahun 2007 telah meluluskan dasar cekik darah dengan menaikkan kadar sewaan tanah pertanian kepada RM200 bagi satu ekar.

“Dasar apa yang lebih sesuai dipanggil selain daripada dasar menindas dan mencekik darah petani jika para petani terpaksa membayar sewa sebanyak RM200 (Dua Ratus Ringgit) sebulan kepada kerajaan hanya bagi tanah pertanian??. Sebagai perbandingan, kadar sewa tanah pertanian di negeri Johor hanya RM30 (Tiga Puluh Ringgit sahaja) sebulan.”

Kalau dulu kerana terlalai maka saya ingatkan, kini kerana tindakan susulan telah diambil, maka saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih. Walau bagaimanapun, saya ingatkan kepada para wakil rakyat Pakatan Rakyat, jangan tunggu disergah baru bertindak.

Baru-baru ini petani yang sama menemui saya dengan rasa ceria dan bersyukur kerana kadar sewaan tanah pertanian di daerah Sepang telah diturunkan 100%. Daripada RM200 seekar kepada RM100.

Terima kasih saya kepada YB Nik Nazmi kerana telah membaca titipan saya serta komen-komen yang dititipkan oleh para pengulas di kerajaanrakyat.com, justeru beliau telah dengan berhemah dan pantas memaklumbalas kepada saya dan mengambil tindakan susulan.

Ingin saya kongsikan sedikit petikan email balasan dari YB Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada saya beberapa hari lalu yang menggambarkan rasa prihatin beliau terhadap permasalahan rakyat yang telah dilaporkan.

Jazakallah Telahan sdr munasabah.
Namun ramai yang mendoakan agar perubahan disegerakan
kerana kepincangan merebak, derita rakyat bertambah Anwar

Harapan saya kepada semua, berikan ruang kepada DSAI dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengukuhkan kerangka perubahan kerajaan yang insyaALLAH menjurus ke arah pentadbiran yang telus dan bijaksana.

Kepada semua pengulas, saya hargai titipan kalian dan jutaan terima kasih saya hamparkan. Terima kasih juga kepada para blogger, terutamanya laman web ‘Tranungkite’ yang telah memetik dan memaparkan semula posting kerajaanrakyat.com sebagai usaha mengutarakan keluhan dan keperitan hidup rakyat terbanyak.

Ya ALLAH, rahmatilah semua pembaca laman web kerajaan rakyat serta berkatilah ilmu yang telah ENGKAU kurniakan kepada pembaca dan penulis komen di laman maya ini. Ampunilah dosa-dosa mereka dan limpahilah mereka dengan rezeki MU yang halal.

Salam takzim.
Sofi

::: Berita

:::Dipetik dari www.kerajaanrakyat.com

No comments

Powered by Blogger.