geng pembodek najib~malaysiakini


KUALA LUMPUR 4 Nov. - Para pemimpin politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak memahami Perlembagaan Persekutuan disifatkan hanya mementingkan diri sendiri dan sengaja mahu menimbulkan masalah kepada negara.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, adalah mustahil untuk mana-mana rakyat negara ini mendakwa tidak memahami perkara asas, malah permintaan untuk mengkaji semula Perlembagaan Persekutuan disifatkan keterlaluan.

"Pemimpin yang kata mereka tidak faham (perlembagaan) hanya mementingkan diri sendiri. Perlembagaan Negara adalah sesuatu yang nyata dan tidak boleh dipertikaikan.

"Semua parti menghormati perlembagaan masing-masing dan begitu juga perlu dilakukan kepada Perlembagaan Negara,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil yang menyaran kerajaan untuk mewajibkan semua wakil rakyat tanpa mengira parti dan juga pemimpin NGO mengikuti kursus khas berkaitan Perlembagaan Persekutuan bagi mengelak salah faham mengenai hak keistimewaan sesuatu kaum.

Kata Abdul Rahman, kegagalan memahami peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan menyebabkan ada yang bertindak atau mengeluarkan kenyataan sesuka hati tanpa mengambil kira sensiviti kaum.

Mengulas isu yang sama, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, semua pemimpin perlu meletakkan perpaduan kaum di negara ini sebagai keutamaan mereka.

"Pemimpin parti komponen harus sepakat dan tidak harus membincangkan isu Perlembagaan Persekutuan sebagai alasan untuk mencari populariti kepada kaum masingmasing.

"Semua perlu tahu sejarah dan pandang kepada masa depan. Cuba tanamkan semula rasa cinta kepada parti dan negara,'' ujarnya.

Beliau yang tidak menolak perlunya kursus khas untuk mengenal semula sejarah, berkata, kesepakatan antara parti komponen menjadi pendekatan terbaik untuk melihat setiap masalah yang timbul diselesaikan segera.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata, seseorang pemimpin seharusnya mempunyai pemahaman tentang Perlembagaan Persekutuan sebelum dipilih untuk mewakili rakyat.

Oleh itu, katanya, kursus seumpama itu dirasakan tidak perlu kepada individu yang seharusnya sudah dilengkapi kriteria tertentu untuk layak bergelar pemimpin.

"Mengapa hendak wajibkan kursus kepada mereka sedangkan Perlembagaan Persekutuan merupakan asas yang perlu dikuasai sebelum seseorang itu bergelar pemimpin?

"Itu kriteria penting yang harus ada dalam diri setiap pemimpin yang dipilih terutamanya kaum Melayu sejak dari dulu lagi,'' ujarnya.

tilik diri sendiri baru nak kata kat orang.....shitttt la you all!!!!

No comments

Powered by Blogger.