hadiah kerajaan untuk rakyat untuk tahun depan~malaysiakini
PUTRAJAYA: Kadar tambang bagi pengangkutan awam, termasuk teksi, kereta sewa, bas henti-henti, bas sekolah dan bas ekspres akan dinaikkan awal tahun depan, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.
Beliau berkata, langkah berkenaan tidak dapat dielakkan kerana ramai pengusaha pengangkutan awam terutama bas mungkin menghadapi risiko muflis berikutan kini terpaksa menanggung bebanan kos operasi tinggi akibat kenaikan harga tayar, bateri, insurans, gaji dan elaun pemandu serta penyelenggaraan.
Noh berkata, kerajaan sudah menjalankan kajian terperinci bagi memastikan kadar baru tambang pengangkutan awam itu tidak membebankan rakyat terutama rakyat berpendapatan rendah.
"Dalam membuat keputusan kerajaan akan mengambil kira pelbagai faktor utama iaitu kadar tambangnya mestilah munasabah, tidak membebankan rakyat dan pada masa sama ia tidak menjejaskan operasi syarikat pengusaha terbabit," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga kementeriannya di Taman Botani Putrajaya, di sini, semalam, Noh berkata, kenaikan kadar tambang pengangkutan awam itu tidak ada kaitan dengan harga minyak sebaliknya kenaikan kos operasi.
"Kali terakhir kita menaikkan harga tambang teksi dan bas pada 2005. Pada 2006 harga petrol dan diesel naik 71 sen, kemudian naik hingga RM1.43 tetapi pengusaha masih boleh bertahan.
"Akibat kenaikan harga operasi, pengusaha tidak dapat bertahan,” katanya.
“Contohnya kalau satu bas ada 40 tempat duduk, dulu kalau bawa 30 penumpang sudah boleh untung tetapi sekarang bawa penuh pun masih tak untung,” katanya.
1 comment
semua ni berlaku hanya krn mu,umno haramjadah.
Post a Comment