Hamilton ketepi Massa juarai Formula Satu
SAO PAULO: Lewis Hamilton mengakui dia masih tidak percaya menjadi pelumba termuda menjuarai Formula Satu (F1) dalam persaingan sengit di Grand Prix Brazil, awal pagi tadi.
Berusia 23 tahun, pemandu McLaren Mercedes dari Britain itu hanya merebut tempat kelima, sekali gus membolehkannya menjuarai F1 musim 2008.
Perlumbaan agak dramatik apabila hampir dua pertiga pusingan Hamilton berkedudukan selesa di tempat keempat tetapi hujan pada lima pusingan terakhir menyaksikan dia ketinggalan di tangga keenam.
Ketika saingan terdekatnya Felipe Massa daripada Ferrari hampir meraikan kejuaraan, apabila dari awal berjaya memecut laju mengetuai perlumbaan sehinggalah muncul juara.
Namun, hujan secara tiba-tiba dengan tayar kereta Hamilton kurang mencengkam menyebabkan dia dipotong oleh Sebastien Vettel di kedudukan keempat dan Timo Glock di tempat kelima
Bagaimanapun di selekoh terakhir di garis penamat, tiba-tiba Glock yang memandu Tayota, memperlahankan kenderaannya bagi membolehkan Hamilton memintas untuk kedudukan kelima.
Pada awalnya, Hamilton tidak berapa pasti dia memenangi juara dunia F1 di depan lebih 100,000 penonon di Litar Interlagos yang amat mengharapkan pelumba negara itu, Massa meraih gelaran itu.
"Kita berjaya, kita berjaya melakukannya," jerit Hamilton.
"Secara ikhlas, saya tidak tahu sebaik saya melintas garis penamat.
"Di kepala saya ketika itu ialah melakukan 'pecutan' dan saya tidak tahu saya di kedudukan mana.
"Akhirnya mereka bersorak sayalah juara," katanya.
Orang kedua paling gembira ialah ayahnya, Anthony Hamilton yang membina karier anaknya itu daripada pelumba go-kart dengan latar belakang keluarga miskin tinggal di estet di Stevenage, England.
"Ini membuktikan sesiapa saya termasuk kami boleh melakukannya.
"Ia amat manis selepas bekerja 16 tahun dengan penuh dedikasi," kata Anthony.
Massa pula yang menangis selepas gagal walaupun muncul juara Interlagos, namun itu belum cukup untuk menidakkan Hamilton.
"Ia hari yang amat menyedihkan bagi saya. Saya memandu di tahap terbaik dan semuanya berjalan sempurna, namun ia menyebelahi Hamilton," katanya. - AFP

No comments
Post a Comment