ibrahim ali berbunyi lagi~malaysiakini



"Kenyataan terbaru Ibrahim Ali, YB ehsan PAS Pasir Mas seperti yang disiarkan oleh Harian Sinar bertarikh 5/11/85 mengenai Hindraf menarik perhatian. Ia menyerlahkan pandangannya yang senada dengan UMNO membenci pertubuhan Hindu itu. Ini adalah satu lagi rentetan rentetan sikap membodek UMNO beliau setelah sebelum ini menyokong beberapa perkara termasuk ISA.

Sikapnya ini menyerlahkan lagi betapa sayangnya beliau kepada UMNO meskipun telah ditalak tigakan oleh Pak Lah sebaik sahaja berada disinggahsana Perdana Menteri. Ibrahim bencikan Pak Lah tetapi sayangkan UMNO.

Banyak petanda-petanda menunjukkan beliau bertindak bagi menarik perhatian UMNO/BN untuk menerimanya kembali. Sebab itulah dari masa ke semasa beliau bertindak menantang arus dengan membelasah Pakatan Rakyat yang memberi kerusi kepada di parlimen.

Entah kenapa beliau membelasah Hindraf pula dengan menggesa pertubuhan yang diisytihar haram itu perlu terima keputusan kerajaan. Sedangkan Hindraf tidak pernah mensasarkan beliau sebagai musuh politiknya. Bukankan ini satu percubaan menarik perhatian UMNO kepadanya.

Bukankah perkara ini juga bertentangan dengan kenyataan Presiden PAS yang membela Hindraf sebalum ini. Begitu juga Pakatan Rakyat yang melihat tindakan mengharamkan Hindraf adalah tidak wajar.

Itulah Ibrahim Ali. Beliau syok sendiri mengampu UMNO biarpun tindakannya menentang arus. Apakah beliau mengharapkan selepas era Pak Lah berakhir, beliau akan dipanggil semula ke dalam UMNO dengan sedikit ganjaran. Hakikatnya beliau sendiri menggali kuburnya sendiri kerana yang jelas beliau tidak akan diberi peluang kali kedua di Pasir Mas dalam pilihanraya akan datang.

No comments

Powered by Blogger.