ini bukan negara UMNO!!!!!


KEPALA BATAS 9 Nov. - UMNO tidak akan menjadi sebuah parti yang berjaya dalam perjuangannya jika kepimpinannya tidak dibarisi oleh pemimpin yang ikhlas, berwibawa dan berintegriti, kata Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, UMNO tidak akan dapat mengecapi kemajuan dan menghadapi cabaran masa depan seperti yang diharapkan jika ada pemimpinnya yang tercemar integritinya, peribadi yang lemah dan tidak mempunyai hala tuju.

"UMNO tidak akan menikmati kejayaan dalam perjuangannya jika pemimpinnya terdiri daripada orang tidak ikhlas berjuang, integritinya dicurigai dan peribadi yang lemah.

"Apa yang kita perlukan ialah kepimpinan yang bertanggungjawab, boleh mengelola dan menguruskan parti supaya ia menjadi lebih kuat dan maju," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di Pusat Budi Penyayang di sini hari ini.

Oleh itu, beliau menasihatkan anggota parti supaya membuat pilihan dengan berhemah dan tidak hanya memilih pemimpin untuk mengisi jawatan tertentu di peringkat nasional.

Abdullah, yang menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas berkata, semua anggota parti perlu menyedari bahawa pemilihan pucuk pimpinan bukan setakat mengisi jawatan tertentu malahan lebih penting lagi memacu parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Pemilihan ini bukan setakat untuk kemenangan diri bagi calon yang bertanding atau rakan-rakan mereka tetapi UMNO mahu mencari kemenangan untuk parti secara keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata, mereka yang menjadi perwakilan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan calon yang dipilih mempunyai nilai-nilai yang diperlukan untuk menerajui parti itu.

"Kalau ini berlaku, semua akan jadi baik. Baik UMNO maka baiklah rakyat Malaysia kerana UMNO memperjuangkan semua rakyat berbilang bangsa," katanya.

Beliau juga berharap tempoh lebih tiga bulan menjelang pemilihan parti Mac ini tidak berterusan dicemari dengan politik wang, perbalahan antara calon dan sebarang perbuatan yang boleh mencemarkan imej parti.

"Kita fahami bahawa pemilihan ini merupakan amalan demokrasi dan banyak yang telah diperkatakan tentang pemilihan dan ada yang mengaitkannya dengan politik wang, dan adu domba antara calon.

"Apa pun, kita semua kena ingat apa matlamat perjuangan parti ini dan berusaha untuk mengukuh dan memperkasakannya," katanya.

- Bernama

takabur punya pm....hang yang rosakan rakyat!!!

duit rakyat geng hang dok balun sakan...

rakyat hidup tertekan wei....puuuiihhhh!!!!!

No comments

Powered by Blogger.