isu sebenar berkaitan JJ

Isu JJ Mengamuk: Jawapan Sebenar Daripada Khatib Berkenaan Tentang Insiden Tersebut !!

Nampaknya isu khutbah antara Ustaz Suhaimi, Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang dengan Ahli Parlimen Rompin Dato' JJ kini semakin berlarutan. Pendedahan yang dibuat oleh Pahang Daily beberapa jam selepas kejadian telah menggemparkan seluruh negara. Isu ini kini mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan telah disiarkan dalam akhbar arus perdana iaitu Utusan Malaysia, Sinar Harian dan beberapa lagi laman blog yang lain semalam. Paling mengejutkan ialah isu ini juga telah mendapat hits pembaca yang tinggi dalam masa 48 jam di Tranungkite Online [11,534 pembaca] , termasuk di ruangan forum laman berkenaan. Apapun kami amatlah berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Apa yang penting pihak JAIP tidak akan menagmbil tindakan terhadap Jawatankuasa Masjid Felda Keratong 4. Ini kerana biarpun khatib berkenaan iaitu Ustaz Suhaimi tiada tauliah dari JAIP, namun beliau sebenarnya menyampaikan satu kebenaran dan fakta. Ia jelas sekali bertentangan dengan laporan kononnya beliau berpolitik di masjid berkenaan pada hari kejadian. Banyak juga komen yang diterima dalam blog ini berkenaan isu tersebut. Maka disi kami ingin memetik satu komen yang agak panas berhubung dengan isu itu. Kami juga sertakan jawapan yang dikemukakan oleh Ustaz Suhaimi tentang perkara ini. Penulis komen tidak menyiarkan nama sebenarnya. Sila rujuk dibawah :-
Anonymous said...

salam. saya rasa terpanggil untuk menulis comment di sini mengenai kejadian yang berlaku di keratong 4.saya merupakan jemaah yang turut sama berjemaah di masjid tersebut dan merupakan peneroka felda keratong 4. saya begitu terkejut apabila didalam blog ditulis berlainan sekali dengan apa yang berlaku di masjid tersebut. saya sungguh terkejut seseorang yang mengelarkan diri seorang ustaz dan timbalan yang dipertua pemuda pas pahang sanggup menyebarkan fitnah dan didalam islam fitnah itu adalah lebih teruk dari memakan daging saudara sendiri. saya pada mulanya terkejut dengan keterbukaan kerajaan barisan nasional yang sanggup memberi peluang kepada pemimpin besar pas pahang untuk memberikan peluang kepada beliau. ini menunjukkan keterbukaan kerajaan bn -umno. saya selitkan sedikit isi kandungan khutbah ustaz terbabit. beliau memperkatakan isu ISA tapi mengatakan isa adalah lebih teruk dari tahanan yahudi -israel, lebih teruk dari tahanan guantanamo dan menagatakan obama adalah pemimpin yg baik sedangkan kite tidak tahu apakah dasar beliau kerana belum menjadi presiden us kite mengharapkan dasar yg lebih baik. khutbah digunakan menggunakan ajaran yang baik kepada umat islam bukan untuk memburukkan orang dan membuat ceramah politik. ini sudah tersimpang dari pengertian khutbah. oleh yang demikian saya melihat ahli parlimen rompin selepas solat jumaat beliau datang dan bertanya apakah relevan khutbah sebegitu rupa. namun begitu yang melenting ialah ustaz suhaimi dan dato seri j.j mengajak beliau berbincang di luar kerana tidak mahu mencemarkan masjid yg suci dengan isu-isu sebegini.tapi beliau tidak mahu dan tiada samseng umno di luar kerana saya kenal sape yang berada di luar iaitu pegawai2 dato seri. biasalah yb mesti ada pegawai yg megekorinya tidak sepatutnya di gelar samseng sungguh kasar bahasa tersebut. dan yg paling menyedihkan mereka memugut derma untuk tahanan isa untuk ape sebenarnya derma tersebut.sedangkan mereka diberikan makan yg secukupnya.kite lihat adun seputeh yg pada mula mendakwa di beri makanan anjing tetapi akhirnya mengaku yg makanan diberikan adalah mencukupi.isu ini sengaja di putar belitkan.ingatlah ustaz mungkin ustaz boleh menipu rakyat yang berada di luar sana tetapi ustaz tidak mampu untuk menipu YANG MAHA ESA.fikirkanlah ustaz.


Artikel Sinar Harian Pahang melaporkan tentang insiden ini semalam
Jawapan yang dikemukakan oleh Ustaz Suhaimi tentang persoalan ini :-
Saya terkejut dengan komen beberapa pengunjung yg kononnya ada di masjid mendengar khutbah saya. (Kata beliau selitkan sedikit isi kandungan khutbah ustaz terbabit.")

Jawapan saya : Saya tak pasti sama ada betul atau tidak beliau ada dlm masjid, tapi berdasarkan apa yg beliau tulis saya pasti beliau hanya menerima laporan dari pekakas UMNO kat situ. Kalau betul beliau ada pun mungkin beliau tidur masa tu

Tuduhan : beliau (ust suhaimi) memperkatakan isu ISA tapi mengatakan isa adalah lebih teruk dari tahanan yahudi -israel, lebih teruk dari tahanan guantanamo dan menagatakan obama adalah pemimpin yg baik sedangkan kite tidak tahu apakah dasar beliau kerana belum menjadi presiden us kite mengharapkan dasar yg lebih baik.)

Jawapan saya:
Terus terang memang saya buat 2 perbandingan. Saya stop setakat perbandingan Military Order 378 dengan ISA. Saya tak menggunakan lafaz MALAYSIA LEBIH TERUS DARI ISRAEL. Demi Allah ayat itu tidak keluar dari mulat saya. Perbandingan itu sudah cukup untuk membuktikan siapa zalim tanpa kita sebut lafaz itu. Tentang kem Guantanama - saya katakan, penyokong ISA, apabila mempertahankan ISA mereka cuba menghalalkan tindakan itu dengan merujuk Amerika juga ada kem guantanamo. Saya persoalankan kenapa dlm soal keadilan kita merujuk pada negara kafir. Islam Ada prinsip keadilannya.Bila pulak saya kata lebih teruk dari Guantanamo. Tentang Obama saya tak kata obama baik apa yg saya kata, Kini Presiden Baru Amerika Barack Obama mengumumkan akan menutup kem tersebut. Apa pula alasan kita. Saudara ada betul ke dalam khutbah tu... tuduhan saudara Tak sama dengan apa yg saya ucap.

Tuduhan: khutbah digunakan menggunakan ajaran yang baik kepada umat islam bukan untuk memburukkan orang dan membuat ceramah politik. ini sudah tersimpang dari pengertian khutbah.)

Jawapan saya: saya tak tuduh saya ceritakan fakta kebenaran. Politik yg saya sebut adalah politik Islam Prinsip keadilan dalam Islam.

Tuduhan : oleh yang demikian saya melihat ahli parlimen rompin selepas solat jumaat beliau datang dan bertanya apakah relevan khutbah sebegitu rupa. namun begitu yang melenting ialah ustaz suhaimi dan dato seri jj mengajak beliau berbincang di luar kerana tidak mahu mencemarkan masjid yg suci dengan isu-isu sebegini.tapi beliau tidak mahu dan tiada samseng umno di luar kerana saya kenal sape yang berada di luar iaitu pegawai2 dato seri. biasalah yb mesti ada pegawai yg megekorinya tidak sepatutnya di gelar samseng sungguh kasar bahasa tersebut.

Jawapan saya: Tak benar saya melenting. Ahli karyah masjid yg ada dalam masjid ketika itu. JJ pada awal memang cool bersalam dengan saya. Saya reti adab dengan manusia. Bila JJ kata minggu depan dia nak Khutbah macam saya, saya katakan silalaa datuk khutbah sebab saya pun nak dengar khutbah dato. menyebabkan JJ melenting dan dengan nada yg marah ajak saya keluar dengan alasan untuk berbincang. Saya tak nampak perbincangan boleh berlangsung dengan baik dalam keadaan marah marah. Sebab uti saya ajak beliau duduk untuk bincang. Mana mungkin kalau saya melenting saya nak ajak dia duduk. Org yang melenting tengah duduk pun dia akan berdiri. Nabi mengajar tempat yg paling baik untuk muzakarah adalah masjid, sbb kita akan sentiasa jaga adab muzakarah bila kita duduk dlm rumah Allah.

Tuduhan: dan yg paling menyedihkan mereka memugut derma untuk tahanan isa untuk ape sebenarnya derma tersebut.sedangkan mereka diberikan makan yg secukupnya.kite lihat adun seputeh yg pada mula mendakwa di beri makanan anjing tetapi akhirnya mengaku yg makanan diberikan adalah mencukupi.isu ini sengaja di putar belitkan.

Jawapan saya: Ini menunjukkan jelas beliau tak ada dalam masjid atau beliaun tertidur. Saya tak lancar derma untuk mangsa ISA. Saya sebut dlm Khutbah kedua, kita menghampiri musim persekolah 2009, disana ada anak-anak dan isteri mangsa ISA yang hidup dalam kedaifan, maka saya mohon sumbangan untuk kita bersama ringankan beban mereka, meringankan beban mereka untuk menghadapi sesii persekolahn akan datang. Di Keratong itu pun ada salah seorang tahanan ISA yg masih belum bebas dan anak isterinya hidup dalam kedaifan. Buat apa nak kutip derma untuk tahanan, kalau kutip pun kita tak boleh nak serah pada mereka kerana jeriji besi dan tembok tinggi manghalang kita. Saya lancar derma untuk anak dan isteri tahanan ISA bukan untuk anak isteri JJ. Saya cadangkan saudara ziarah lah anak dan isteri ISA. tengok kesusahan mereka. majoriti mereka beragama Islam.

Kesimpulan
Nampak sangat saudara berbohong. Saudara tak hadir atau mungkin tidur. lepas tu menulis berlagak alim... Betul laa penyokong ISA ni akan sangup menipu, bohong, fitnah untuk menegakkan benag basah. Ingat kita semua akan dibangkitkan di Padang Mahsyar. Kalau saudara tak sangup terimapun kenyataan ini jangan buat dosa fitnah, bohong,

Renungan
Seorang ulama terkenal sezaman dengan Imam Nawawi iaitu Imam Izzuddin Abd salam menegur Raja Zahir Baiber pemerintah Memluk di Mesir dalam Khutbah. Belau menegur pemerintah yg cuba menaikan cukai kerana perbelanjaan tak mencukupi bagi menghadapi peperangan. Imam Izzuddin Abd Salam menyebut "Haram kutip cukai dari rakyat sebelum kamu jual perhiasan mewah dalam istana". Iman Izzudin menambah "Jual diri kamu sebelum kamu jual rakyat kamu." Lagi keras peringatan ini Nak tahu kisah sebenar kunjungi blog saya. Sila rujuk links berkenaan untuk info lanjut :-

pahang daily

No comments

Powered by Blogger.