patut rosmah nampak ramping sekarang


Rosmah Mansor bersama orang ramai dari pelbagai peringkat usia dan kaum berasa terhibur melakukan senaman pada Program Kemasyarakatan Kempen Kesihatan Komuniti di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, semalam.


KUALA LUMPUR 16 Nov. - Seluruh rakyat Malaysia diminta tidak memandang remeh amalan bersenam kerana peratusan mereka yang berpenyakit dalam masyarakat kini amat membimbangkan.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, penyakit yang berpunca daripada masalah kolestrol tinggi dan kandungan gula dalam darah seperti sakit jantung semakin meningkat bukan sahaja di kalangan orang dewasa malah melibatkan kanak-kanak dan remaja.

Bermula hari ini ujarnya, orang ramai perlu menitik beratkan amalan bersenam dalam keluarga dan tidak sesekali menjadikan kesibukan tugas seharian sebagai alasan.

"Kita harus ingat, bersenam tidak memerlukan masa yang lama. Cukup sekadar 20 hingga 30 minit sehari. Namun ia harus berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Kempen Kesihatan Komuniti 'Meningkatkan Kesihatan Minda, Rohani dan Jasmani' anjuran Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) di sini hari ini.

Rosmah berkata, mengikut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak 88.4 peratus daripada 32,936 responden merupakan rakyat Malaysia yang tidak pernah melakukan senaman.

Sebanyak 30.9 peratus lagi jelas beliau, melakukan aktiviti senaman tetapi tidak mengikut waktu sepatutnya, hanya 11.6 peratus dalam kalangan responden tersebut yang berdisiplin iaitu melakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu iaitu lebih daripada 15 minit.

Sehubungan itu beliau menegaskan, amalan-amalan negatif seperti melepak, merokok dan merempit terutama di kalangan remaja perlu dielakkan.

"Lebih baik sekiranya masyarakat duduk secara berkelompok dan melakukan aktiviti senaman seperti senamrobik, menjadi ahli gimnasium dan kegiatan-kegiatan larian beramai-ramai," katanya.

Rosmah berkata, corak penyakit dan tahap kesihatan negara telah berubah iaitu penyakit tidak lagi berjangkit mengikut faktor keluarga tetapi kini ia lebih tersebar kerana persekitaran.

Sebagai contoh katanya, masyarakat Orang Asli yang sebelum ini terkenal dengan hidup dalam suasana yang aman dan sihat, namun kini tidak lagi apabila penyakit berkaitan gaya hidup mula menular di kalangan mereka.

"Penyakit-penyakit itu seperti diabetis, obesiti, hipertensi dan kehilangan upaya (cepat letih),'' tambah beliau.

Menurut Rosmah, ia berikutan kelemahan masyarakat mengamalkan gaya dan pemakanan yang sihat.

baik kak mah...menurut perintah..patut badan you nampak slim kan sekarang!! hehe....

No comments

Powered by Blogger.