jom bogel nak?


SHAH ALAM: Tindakan akan diambil terhadap Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) jika pertubuhan itu tetap berkeras mahu mengadakan demonstrasi 'bogel' sebagai membantah keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar sewa rumah Projek Peru-mahan Rakyat (PPR) di seluruh Selangor.

Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Muhammed Khusrin Munawi, berkata tindakan akan diambil Jais terhadap mereka terbabit berikutan perbuatan itu bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau berkata kepada pemberita di sini semalam, Jais juga mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya melalui peruntukan mengikut Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menetapkan denda maksimum RM1,000.

"Sebagai seorang Islam, sepatutnya mereka (anggota Reformis) tahu batas-batas serta amalan yang ditegah dalam Islam.

"Dalam hal ini, mereka perlu berfikiran lebih rasional kerana tindakan mereka mahu berbogel di khalayak ramai adalah salah dan tidak bermoral,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Kelmarin, Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar memberitahu akan mengadakan demonstrasi 'bogel' sebagai tanda protes mereka terhadap tindakan kerajaan Selangor itu.

aku nak tengok dia punya ketua berani bogel tak pastu bawa anak-anak sekali ke....isteri ke..mak mertua jangan lupa la erk....

1 comment

abdrahim kassim said...

Kalau betul dia orang buat aku pun nak datang tengok. Dia orang tangkap tak orang yang tengok?

Aku cabar Reformis kalau betul anak jantan tunjukkan kejantanan awak.

Aku nak tengok besar ke tidak kejantanan awak tu. ha...ha..ha...

Powered by Blogger.