Karpal buat laporan polis kenyataan Zaki


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh petang tadi membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi bahawa dua bekas hakim dan kakitangan mahkamah terbabit amalan rasuah pada 1987.

Karpal yang juga Pengerusi DAP tiba bersama peguamnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, kira-kira jam 3 petang.

Karpal berkata, dalam ucapan Zaki pada 8 November lalu di sidang plenari `Integriti Pemangkin Pembangunan Mapan' di Kuching, Sarawak mendakwa terdapatnya amalan rasuah ketika menjadi peguam pada 1987.

No comments

Powered by Blogger.