menteri kanan paling bangang
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya membuat dakwaan tanpa bukti kononnya calon bagi jawatan Timbalan Presiden Umno menggunakan wang.
Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai serius, Mohamed Nazri berkata bekas Perdana Menteri itu perlu sedar bahawa dakwaannya itu boleh memberi kesan kepada calon dan parti.
“Kalau dia ada bukti, saya minta supaya dia tunjuk kepada badan disiplin (Umno). Itu yang terbaik kerana dia kena ingat dia seorang negarawan, apa dia cakap semua orang percaya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang mendakwa ada calon jawatan Timbalan Presiden menggunakan wang untuk melayakkan diri bertanding jawatan dalam pemilihan Umno Mac depan.
Mohamed Nazri berkata perwakilan Umno harus melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada calon yang memberikan wang untuk mendapatkan sokongan kerana cara itulah yang boleh menangani rasuah.
“Kita kena ajar pemimpin kalau ada yang main duit ini. Kita kena ajarlah sebab nanti kita akan dapat pemimpin yang kuat rasuah, memberi rasuah untuk dapat tempat dalam Kabinet,” katanya.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, seorang daripada tiga calon yang layak bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno berkata semua pihak harus bersama-sama membanteras gejala politik wang supaya pemilihan parti itu berjalan lancar.
“Kita ada empat, lima bulan untuk pemilihan itu, jadi kita harap semua pihak memainkan peranan bersama-sama untuk menyekat politik wang,” katanya kepada pemberita.
“Sama ada calon, perwakilan atau daripada mana-mana pihak diharapkan tidak membuat atau mewujudkan cerita-cerita yang tidak baik atau melakukan perkara yang tidak baik agar perwakilan dapat membuat pilihan mengikut selera mereka sebaik-baiknya pada bulan Mac nanti,” katanya.
Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tindakan akan diambil jika ada laporan dibuat berhubung dakwaan seperti itu. - Bernama
woi nazri bangang..hang tau ke brapa banyak orang dok repot yang umno dok jilat wang haram hasil duit rakyat? adakah hang menteri bodoh?hang marah kan..tapi hang kan menteri undang-undang..jangan la hang dok jadi dungu dan bodoh sangat..berlambak repot orang dok buat...tapi tengok saja...adakah anda marah kalau orang cakap hang menteri kanan paling bodoh????
No comments
Post a Comment