Najib 112, Ku Li 1, Muhyiddin 67, Ali 25, Taib 19~malaysiakini

3.50 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-19 untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Pasir Mas yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Isa Samad.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 90 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (67), Datuk Shafie Apdal (48), Datuk Khaled Nordin (51) dan Datuk Syed Hamid Albar (22).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (9), Tan Sri Isa Samad (11), Datuk Jamaluddin Jarjis (8), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (9), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah sadique (1).



3.15 pm Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-25 untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Batu, Wilayah Persekutuan, yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden.

Bagi naib presiden pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Khaled Nordin.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein terus mendahului dengan 89 pencalonan,
Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (66), Datuk Shafie Apdal (48), Datuk Khaled Nordin (51) dan Datuk Syed Hamid Albar (22).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (9), Tan Sri Isa Samad (10), Datuk Jamaluddin Jarjis (8), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (9), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah sadique (1).

2.40 pm Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-24 bagi jawatan timbalan presiden dari bahagian Padang Serai, Kedah, yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Jamaluddin Jarjis, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Tan Sri Isa Samad.

Najib juga turut mendapat pencalonan ke-111 dari bahagian Pasir Mas. Bagaimanapun, proses pengiraan bagi jawatan timbalan dan naib presiden belum selesai.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein terus mendahului dengan 88 pencalonan,
Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (65), Datuk Shafie Apdal (48), Datuk Khaled Nordin (50) dan Datuk Syed Hamid Albar (22).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (9), Tan Sri Isa Samad (10), Datuk Jamaluddin Jarjis (8), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (9), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah sadique (1).

2.20 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-18 bagi jawatan timbalan presiden dari bahagian Jerantut Pahang yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagai naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Jamaluddin Jarjis, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dengan itu, Najib kini mendapat 109 pencalonan, manakala Tengku Razaleigh Hamzah kekal satu pencalonan.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein terus mendahului dengan 88 pencalonan,
Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (65), Datuk Shafie Apdal (48), Datuk Khaled Nordin (50) dan Datuk Syed Hamid Albar (22).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (9), Tan Sri Isa Samad (9), Datuk Jamaluddin Jarjis (7), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (8), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah sadique (1).

1.20 pm Datuk seri Najib Tun Razak menambah tiga lagi pencalonan untuk jawatan presiden dari bahagian Bagan, (Pulau Pinang), Tambun (Perak) dan Kuala Krau (Pahang) untuk memperolehi 108 pencalonan setakat ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menambah dua lagi pencalonan dari Bagan dan Tambun. Manakala pencalonan bagi jawatan timbalan dan naib presiden dari bahagian Kuala Krau sedang dikira.

Dengan ini, Muhyiddin memperolehi 67 pencalonan manakala calon lain - Datuk Mohd Ali Rustam (23), Tan Sri Muhammad Muhd Taib (17) dan calon terbaru, Datuk Shahrir Samad mendapat satu pencalonan dari bahagian Gua Musang hari ini.

Gua Musang turut mencalonkan ketua bahagian itu, Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan presiden dalam mesyuarat perwakilannya pagi ini.

Bagi jawatan naib presiden, Bagan dan Tambun masing-masing mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Shafie Apdal.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein terus mendahului dengan 87 pencalonan.

Empat orang lagi calon yang sudah layak bertanding jawatan naib presiden ialah Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini mendapat 64 pencalonan, Datuk Shafie Apdal (48), Datuk Khaled Nordin (50) dan Datuk Syed Hamid Albar (22).

Manakala pemimpin lain yang turut dilcalonkan tetapi masih belum melepasi kelayakan minima ialah Datuk Rais Yatim (9), Tan Sri Isa Samad (9), Datuk Jamaluddin Jarjis (6), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (8), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah sadique (1).

No comments

Powered by Blogger.