Rakyat Mesti Yakin Untuk Tempuh Cabaran Berikutan Krisis Kewangan Dunia
PUTRAJAYA, 3 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata rakyat mesti yakin bahawa negara mampu untuk menempuh cabaran yang datang berikutan dunia kini dilanda dengan masalah krisis kewangan.
Perdana Menteri berkata tidak dinafikan Malaysia tidak boleh mengelak daripada mengalami kesan akibat krisis tersebut tetapi rakyat tidak perlu terbawa-bawa dengan perasaan takut dan bimbang.
"Semua ini berlaku oleh sebab bermulanya krisis kewangan di Amerika dan pada waktu ini Amerika dan Eropah berada dalam situasi kemelesetan yang tentu sekali menimbulkan perasaan bimbang sebab negara kita adalah sebuah negara yang ekonominya terbuka.
"Dalam erti kata kita mempunyai hubungan ekonomi dengan negara-negara lain di seluruh dunia dan tentu sekali besar hubungannya dengan Amerika dan Eropah.
"Semua ini berlaku berpunca daripada mereka, tetapi kita juga perlu melihat kepada diri kita, kita tak perlu sangat terbawa-bawa dengan rasa takut dan bimbang. Kita mesti juga ada keyakinan, dan kita mesti ada keyakinan untuk menempuh cabaran-cabaran itu," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, Isnin.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Abdullah berkata jika krisis kewangan dan perbankan yang menyebabkan apa yang berlaku di Amerika sehingga membawa kesan buruk kepada wilayah lain seperti Eropah, rakyat perlu bersyukur kerana industri perbankan negara masih kukuh dan modal serta kecairannya juga mencukupi.
"Kita juga ada kekuatan berkaitan dengan rizab kita yang boleh tahan kedudukannya pada waktu ini. Kita masih mempunyai kekuatan penggunaan dalam negeri, simpanan kita tinggi," katanya.
Beliau mahu bank bersedia untuk memberi pinjaman yang wajar agar pembangunan negara dapat terus berjalan bagi memastikan projek penting dapat dilaksanakan dan pelaburan domestik terus digalakkan.
"Semua ini akan berlaku jika ada keyakinan dan keyakinan mesti dibina, dan kita perlu bina dengan penuh yakin bahawa apa yang hendak dilaksanakan itu merupakan pelaksanaan yang baik yang menjamin kejayaan," katanya.

No comments
Post a Comment