teka teki yang membuatkan anda tergelak....hahaha
Takpelah, tak akan asyik kenakan orang. Sesekali kena menerima pula. Husin nak guna buat air. Berikut Nujum Pak Belalang dari Azuan Bin Rusly
Soalan 1Eh eh eh ... Raja Masai ini macam hamba kenal. Dia ni menantu Sultan Abdullah atau anak jin atas pokok. Ahli Nujum Negara tu terang-terang serupa macam yang beli Bank di Tanah Seberang dengan harga mahal. Soalan bocor ...
Raja Masai: 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'
Ahli Nujum Negara: 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'
Raja Masai: 'Sebabnya...!!??'
Ahli Nujum Negara: 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'
Soalan 2
Raja Masai: 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PKR..??'
Ahli Nujum Negara: 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari itulah UMNO..'
Raja Masai: 'Sebabnya...!!??'
Ahli Nujum Negara: 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'
Soalan 3
Raja Masai: 'Terdapat sebuah masa’elah.. kalau satu, banyak-banyak!!... kalau dua, Sedikit-sediiikit!!... kalau tiga, jar-rang, jarang!!... kalau empat, kad-dang, kad-dang!!. Apa itu..???'
Ahli Nujum Negara: 'UMNO!!!'
Raja Masai: 'Buktikan..!!'
Ahli Nujum Negara: 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini... Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu... Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan... Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'
Soalan 4
Raja Masai: 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'
Ahli Nujum Negara: 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'
Raja Masai: 'Dimana terletak kekuatannya..???'
Ahli Nujum Negara: 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'
Raja Masai: 'Buktikan!!'
Ahli Nujum Negara: 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan Polis serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...' 'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan.. Soalan Extra
Raja Masai: 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'
Ahli Nujum Negara: '........... ISA !!!..'
Yang tukang tulis teka teki dapat ide dari si cucu hindu kutip botol. Itu pasal belalang dia ISA. Salah kau, Ane. Kau tak guna belalang, tapi pakai kunyit. Baru power macam Sivaji the Bos. Hehehe ... jangan marah, jangan marah.
Hamba kenalah test power sikit, tapi teguran diterima untuk buat air, air kuat semangat. Janji hamba tak bawak lari Tuan Puteri pergi gua atau pun nak tanam orang.
Kalau pandai kasi ide buat teka teki, mesti pandai penuhi janji dan bukan pandai buat alasan. Wow! http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/
kakakakakakakahhhhh..kakakakakahhhhhhh.....umno lagi yang kena
No comments
Post a Comment