Tembelangnya Sudah Pecah, Puaka Duit Rupanya YB Sekor ni

Apa saja yang dibuat oleh spesis ini, laba menjadi perhitungan kira-kiranya.

Apa saja yang dibuat oleh spesis ini, laba menjadi perhitungan kira-kiranya.dia sendiri mendabik bukan main untuk melepaskan kerusinya tanpa menunggu keputusan mahkamah! Akan tetapi keadaan sebaliknya telah berlaku tatkala perundingan mahu dibuat untuk dia melepaskan jawatan.

Tembelangnya Sudah Pecah, Puaka Duit Rupanya YB Sekor ni

Pelbagai saluran sumber memang mengesahkan yang YB Zulkifli sudah pun melekatkan kakinya ke sebelah politik sana, laksana seekor pacat yang kemarukkan darah. Sumber sulit PKR dan Umno sendiri sudah mengesahkan pembelotan yang akan YB Zul lakukan. Manakala pehak bebas pula saling bertingkah membisikkan bukti pembelotan Zul. Tulisan terbaru MSO mendedahkan ujudnya surat perjanjian yang mengikat Zul!

Paling lama kita menjangkakan sekitar masa Najib naik takhta sebagai PM. Ini perjanjian syaitan yang tidak mungkin Zul akan mungkiri! Keuntungan di pehak Umno ialah ia dapat menjimatkan ratusan juta RM dari hangus dalam kempen pilihanraya kecil yang tentunya kalah (ini menurut laporan perisikan tentera yang berkampong di Kulim beberapa minggu lalu). Umpama serampang dua mata, sekaligus ianya diharap dapat memalukan serta menjatuhkan imej pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DS Anwar Ibrahim.

Kita merasakan kepimpinan atas sudah pun tahu akan permainan anak Ulu Baling ni! Manakala jentera pertengahan parti Pakatan Rakyat sudah mula memahami apa yang terjadi melainkan dua orang Sang Setia Zulkifli- yang katanya bernama Fadhil dan Ros. Bermula dengan Masjid di Junjong, pentadbiran masjid sudah mula menolak program khutbah YB Zulkifli. Kenapa agaknya? Tidak lain tidak bukan kerana sikap pembohong dan bakhil anak kelahiran Baling ini yang mungkir dari memberi bantuan kepada mangsa banjir dengan alasan tidak ada duit!!! Perghhh…..

Menurut maklumat yang sampai ke telinga saya, barisan peguam dalam kes petisyen beserta rakan-rakan mereka di Kuala Lumpur sudah mula mengumpulkan maklumat atau kata lain ‘jerangkung dalam almari’ Zul sebagai senjata balas pada hari Zul dijangka mengisytiharkan siapa diri nya yang sebenar. Saya merasakan ianya perlu didedahkan lebih awal supaya pembohongannya terkancing.

Ada juga individu yang menyoalkan apa beza YB Zulkifli nak melompat ke dalam pelukan Umno dan MP BN yang menyeberang ke Pakatan Rakyat. Oii…..banyak bezanya!! Yang sekor tu nak buat semata-mata atas kepentingan peribadi. Demi mempertahankan elaun yang katanya sehingga RM 25 ribu. Manakala apa yang diperjuangkan DS Anwar adalah demi kebaikan seluruh rakyat. Kan berbeza tu?

Apa yang kita tulis ini adalah kebenaran dan hakikat sebenar tentang YB Zulkifli.

Kita tidak mahu rakyat Malaysia ditipu bontang manusia sebegini yang tidak layak menjadi pemimpin. Akibat dari menyembunyikan sikap buruknya oleh aktivis PAS Bandar Tun Razak dahulu, akhirnya ia berjaya menyelinap menjadi MP dengan membawa fe’el yang keji dan memalukan. Ini terjadi kerana kejahilan jentera Kulim Bandar Baru yang tidak pun tahu siapa sebenarnya Zulkipeliarq.

Kesimpulan yang panjang!

Sebelum berundur mari kita lihat sejenak apa yang digambarkan tentang watak Zulkifli Nordin oleh barisan peguam yang mewakilinya tempohari. Pertamanya ia manusia tangkai jering- genggam tak tiris kata mereka. Keduanya Zul banyak mempunyai sifat hipokrit atau munafik. Yang paling menarik ialah apabila mereka mengatakan yang apabila Zul bercakap, mereka tidak tahu yang mana satu betul dan yang mana satu bohong! Wah… itu sudah dikira masalah besar. Jadi bagaimana mahu menelan bulat-bulat hujahnya di dada akhbar?

Manakala beberapa aktivis parti yang lain pula menyatakan kekesalan yang amat sangat apabila petisyen itu ditarik balik. Ada yang terasa lembut lutut sehingga tidak berselera selama beberapa hari. Ianya bertitik tolak dari fakta yang Zul bukanlah seorang yang layak menjadi pemimpin masyarakat. Mereka tidak menafikan kehebatannya atas pentas ceramah, namun ianya jelas menggambarkan betapa hipokritnya Zul apabila mengetahui kisah sebenarnya.

Gerakan memberi penjelasan serta peringatan akan pembelotan Zul sudah pun berjalan di akar umbi. Kita mahu menyediakan penduduk serta pengundi dengan mental yang jitu dan tidak terfana dengan perbuatannya itu. Rupa-rupanya kerja itu amat mudah sekali kerana topeng hipokritnya sudah pun terlondeh.

Eh! Zul usah la bersandiwara lagi di bawah ketayap tu!

Cepat la sikit!! Ezam, Ghani dan beberapa teman sealiran sedang menanti tuh!

Sedikit Sambungan…

Puaka Duit Rupanya si Sekor Ni

Apa saja yang dibuat oleh spesis ini, laba menjadi perhitungan kira-kiranya. Kita mengimbau sedikit pra pilihanraya kecil Permatang Pauh. Di khalayak serta media internet, bukan main dia menonjolkan diri kununnya sanggup berkorban kedudukan MP nya demi memberi ruang untuk DS Anwar kembali ke gelanggang Parlimen. Pada malam program DSAI di Dewan CRC Kulim itu, dia sendiri mendabik bukan main untuk melepaskan kerusinya tanpa menunggu keputusan mahakamah! Akan tetapi keadaan sebaliknya telah berlaku tatkala perundingan mahu dibuat untuk dia melepaskan jawatan.

Pada jam 5.30 petang yang dijanjikan, Zul tidak kunjung tiba dalam mesyuarat khas itu, sehinggakan esoknya, YB Johari Abdul terpaksa berkejar ke rumahnya mengatur pertemuan berikutnya. Itu pun dia hanya hadhir satu jam lewat dengan helahnya yang bolak-balik. Itu lah sebabnya kenapa DS Anwar bertanding di Permatang Pauh. Manakala dari pemantauan yang dibuat Zul hanya hadhir ketika kempen sudah di penghujungnya. Ketika itu telah pun tersebar desas-desus ia membuat pertemuan dengan Najib. Pada satu malam di Markas Utama Yayasan Aman Permatang Pauh, Zul dibiarkan sahaja duduk bersendirian tanpa dipedulikan orang. Kenapa? Kerana rahsia pembelotannya sudah mula dihidu dan didedah orang.

Apakah benar seperti dakwanya yang dia seorang yang memperjuangkan agama dan bangsa? Apakah benar ia tidak kisah menjadi Hang Jebat dalam hal itu sehinggakan sanggup melanggar kod etika dan amalan MP Pakatan Rakyat. Melihat kepada rekod sejarahnya, Zul memang seorang yang serba boleh dan serba mungkin.

Menurut sumber, hasil dari pertemuan dengan Najib, Zulkifli segera mengatur laluan untuk ia menyertai Umno. Suasana harus dicipta supaya ia disingkirkan dari PKR. Sambil menjulang imejnya, kesan buruk dan kerugian mesti dihalakan kepada Pakatan Rakyat. Semasa mengerjakan umrah di penghujung Ramadhan lalu, Zul dikatakan banyak menghabiskan masa berjumpa dan berbincang dengan YB Zahid Hamidi dalam melicinkan janjinya menyertai Umno! Dikatakan dia sudah pun mengisi borang Umno.

Dalam kesempatan itu juga ia tanpa segan silu mempergunakan peguam yang mewakilinya bagi mengutip infak dari sebarang tokoh perniagaan yang ditemui. Haji Nasuha seorang ahli perniagaan dari Johor yang terkenal dengan produk Mak Siti hampir sahaja menjadi mangsa skim ‘infuck’ Zul dengan meminta RM 20,000. Dia menggunakan intro perkenalan diri sebagai YB dengan bermodalkan masalah mahkamah yang dihadapinya beserta yuran untuk para peguam dan keperluan mereka yang turun naik mahkamah. Ada ketika ia sebagai saluran bantuan kepada para pelajar Agama yang memerlukan bantuan. Ramai yang telah menjadi mangsa termasuk melalui rayuannya dalam blog internet!

Hakikatnya Peguam Haji Radhi yang berasal dari Merbok dan kumpulan 5 orang peguamnya hanya dibayar RM1000.00 seorang bagi tugasan mereka dalam kes petisyen tersebut yang memerlukan mereka turun dari KL sebanyak lapan kali! Menurut para saksi ini puluhan ribu RM berjaya dikutip Zulkifli, sedangkan tiada bantuan yang luruh secara berterusan kepada mereka yang memerlukan di kawasan Parlimen itu. Bantuan pembinaan rumah orang miskin yang bernilai RM 20,000 merupakan duit infak seorang Sheikh Arab yang diperkenalkan blogger Fudhail!! Berapakah nilai bantuan yang sebenar?

Kemana pergi agaknya wang sedekah serta zakat yang disalurkan melalui Zul? Barangkali untuk mengubati rambut maya di atas kepala nya yang gersang itu? Atau diperuntukkan bagi pembinaan banglonya di Baling?

Mi Itik

p/s Artikel ini dihasilkan setelah menemubual sebahagian saksi serta dari artikel sedia ada dalam internet.

Artikel terdahulu: Mi-Itik: Kisah YB Kulim BB: Zulkipeliarq Nordin

http://www.marhaendaily.net

No comments

Powered by Blogger.