ada apa yang anda rasa tak kena pada RPK selepas dibebaskan?

tidak lama lagi peguam bela Koperal Sirul yang didakwa mengebom Altantunya dijangka memanggil Raja Petra untuk proses terakhir prosiding (eh betul ke ni istilah tokwan guna )

Baru 2 bulan masuk ISA,keluar2 jer RPK dah puji2 KJ.gua rasa yang lepaskan RPK adalah KJ.KJ lepaskan RPK untuk membolehkan RPK menjadi saksi dalam perbicaraan kes Althantuya-Najib

Razak Baginda bebas, Raja Petra pun lepas…

Teori dalam politik ini 1001 kemungkinan betul dan juga salah. Andaian dan sangkaan juga sekadar merancakkan lagi proses gosip di kalangan peminatnya yang akan berbicara berkaitannya di mana sahaja mereka berada.

Tidak kira orang muda, tua lelaki perempuan akan mengikuti kisah demi kisah tentang politik terkini negara kita.

Adakah pembebasan Raja Petra demi mengikut jejak Razak Baginda yang juga dibebaskan ?

Dan tidak lama lagi peguam bela Koperal Sirul yang didakwa mengebom Altantunya dijangka memanggil Raja Petra untuk proses terakhir prosiding (eh betul ke ni istilah tokwan guna )

Selain itu peguam itu juga akan mendapatkan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam sebagai saksi kes ini.

Keadaan lebih menarik dan tokwan rasa seluruh negara akan tertumpu kepada kes tersebut.

Yang menarik lagi tokwan baca komen yang mengaitkan dengan Raja Petra dan Khairy Jamaludin…

Nama nickname elnino tu tulis :

baru 2 bulan masuk ISA,keluar2 jer RPK dah puji2 KJ.gua rasa yang lepaskan RPK adalah KJ.KJ lepaskan RPK untuk membolehkan RPK menjadi saksi dalam perbicaraan kes Althantuya-Najib.KJ dan Pak Lah sebenarnya tak mahu Najib jadi PM.sebab tu RPK di bebaskan.RPK jer yang berani mendedahkan segala-galanya…Gua harap lepas Najib sangkut,Pak Lah dan KJ boleh masuk PR…kepada penulis_cyber,kumbang dan great chief hangpa ni budak mentak meleleh…mana tahu apa2..mengaku penulis cyber konon…bongok

Tokwan baca pun dah tahu, ni tak lain nak jadi batu api lah ni. Biar Najib dan Pak Lah bergaduh. Dan menerima nasib macam Anwar yang dipecat ketika berada tangga ke dua sebelum sampai tangga teratas orang paling berkuasa di Malaysia.

Kesian kepada orang orang yang menjadi mangsa andaian, telahan, sangkaan bukan2 yang jauh dari kebenaran, anda sebenarnya mangsa permainan politik stail hero kampung.

Sepatutnya kita menjadi ahli politik yang matang dan tidak memainkan isu isu liar macam ni. Sangat senang ia diterima menjadi persepsi umum rakyat kita.

Tokwan takut siapa pun naik keadaan akan tetap sama selagi mana kita tetap memainkan gosip gosip semacam ni.

Tak gunalah 100 kali peralihan sekalipun jika kita tidak memikirkan kesan ‘batu api’ kita dan natijahnya kita akan susah mencapai kestabilan ekonomi.

Namun tokwan syukurnya, demonstrasi sudah tidak lagi berlaku di jalan jalan raya ibukota. Baguslah itu tanda kita sudah bersedia berdebat dengan ilmiah apa visi dan juga misi kita sebagai politician yang berada di era Obama yang menunjukkan apa sahaja boleh berlaku.

Walaupun tokwan tahu dan yakin keruntuhan Hak Hak Istimewa Melayu Islam serta Raja tidak akan berlaku !

http://tokwan.wordpress.com

No comments

Powered by Blogger.