adakah pasir salak hasil produk taiwan?-malaysiakini


Kesan pemergian MP BN ke Taiwan mula menampakkan hasil.MP BN memang belajar sesuatu di Taiwan.Suatu yang pernah disebut oleh YB Pokok Sena mengenai Product Taiwan.Hari ini Product Taiwan mula menonjol bilamana YB Pasir Salak mula menunjukkan lagak seperti MP Taiwan dengan perkataan Bastard dan Blady Bastardnya.Lebih teruk dari itu YB Pasir Salak mengugut salah seorang YB PR(Ipoh Barat) serta mencabarnya seperti cabaran Mat Said kepada YB Wahid Endut satu ketika dulu.Kini hasil dari lawatan sambil belajar ke Taiwan mula menampakkan hasil.Ternyata tidak sia sia para MP BN pergi ke Taiwan dengan duit poket sendiri.

Sudah ada yang belajar dan mengimplikasikan apa yang di pelajari.YB Pasir Salak mendahului,sementara ada beberapa MP lain berpontensi mengikuti jejaknya.Akan tetapi keberanian sebenar YB Pasir Salak ini sedikit diragui.

YB Pasir Salak selepas ini bakal menjadi kesayangan Najib kerana tahap dan kemampuannya mengampu melebihi YB YB lain, malah YB Pasir Salak benar benar mengimplikasikan apa yang dia pelajari dari MP Taiwan.Mungkin sedikit masa lagi kita akan lihat aksi mengampu YB Pasir salak dengan melontarkan kasutnya kepada YB Pokok Sena,menghalakan penumbuknya kepada YB Ipoh Barat dan membacakan peraturan 36 mesyuarat kepada ketua pembangkang.

Sah sudah ada Product Taiwan di Parlimen Malaysia.


ada ke mengaji pakai macam tu hahahaha....warak betul la...

No comments

Powered by Blogger.