Tuan Gur Nik Abdul Aziz akan menjadi Mursyidur Am Kerajaan Perpaduan (Unity Gov)-malaysiakini


"TUAN GURU NIK ABD AZIZ merupakan insan yang paling layak untuk mengetuai KERAJAAN PERPADUAN(UG) yang akan ditubuhkan oleh PAKATAN RAKYAT tidak beberapa lama lagi.

Kerajaan Perpaduan akan dianggotai oleh para ahli parlimen yang inginkan perpaduan kaum demi memastikan agenda pembangunan negara Malaysia berjaya dengan gahnya. Selain daripada itu, apabila tertubuhnya kerajaan perpaduan maka kestabilan politik serta kepercayaan pelabur asing serta keterbelaan rakyat akan terjawab tidak kira sektor ekonomi,sosial dan perdidikan.

Kerajaan perpaduan akan hendaklah memegang erat prinsip pelembagaan Malaysia serta menjunjung asas "NIAT DAN AMAL" dengan nekad yang kuat demi ROH AGAMA meresapi segenap pentadbiran serta rakyat yang terbanyak.

Kerajaan perpaduan juga akan memastikan segala penyakit-penyakit rohani seperti rasuah dan sebagainya akan dapat diatasi dengan jayanya. Lantaran itu, kami benar-benar berharap agar para pemimpin terutamanya ahli-ahli parlimen yang telah melakukan amalan-amalan salah di sisi agama akan dapat membersihkan diri mereka dengan cara menyertai kerajaan perpaduan sebelum mereka berhadapan dengan mahkamah ALLAH selepas mati kelak, yang mana alam yang kekal abadi serta menikmati suatu alam yang penuh indah di SYURGA kelak. INSYAALLAH."

No comments

Powered by Blogger.