pas wadah perpaduan~malaysiakini




Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) yang diuruskan oleh Yayasan Islam Kelantan atau YIK akan menubuhkan kelab bahasa Cina pada tahun hadapan dan akan membenarkan lebih ramai pelajar menguasainya bagi meluaskan lagi pemikiran mereka.

Menurut laporan Oriental Daily News kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan pendidikan, dan Dakwah Islam kelantan Nik Amar Nik Abdullah berkata pada awalnya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadang agar dimasukkan sebagai salah satu subjek pendidikan namun YIK telah menangguhkan kerana mereka telah sedia ada 20 matapelajaran


"Jika kami memperkenalkan subjek yang lain, pelajar akan terbeban " kata beliau.

Bagaimanapun , bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari bahasa Cina , YIK akan menubuhkan Kelab Bahasa Cina di sekolah terbabit bermula tahun hadapan .

Langkah ini pada hemat penulis adalah sangat wajar memandangkan kepentingan menguasai bahasa Cina kini. Ditambah pula keadaan taburan rakyat Malaysia yang mana Kaum Cina telah jauh kehadapan didalam pelbagai bidang utama dinegara kita ini .

Dengan lahirnya para pelajar yang mahir menguasai ilmu akedemik , agama dan disamping berkemahiran berbahasa Arab, Inggeris , Cina sudah pasti peluang untuk perkembangan minda sekaligus lanskap dakwah Malaysia akan tercorak dengan warna - warni yang lebih memukau manusia terhadap Islam .

Sekian lama rakyat Malaysia terutama kepada yang bukan Melayu tidak dapat gambaran sebenar Islam lantaran watak - watak Islam yang di bawakan oleh pendokongnya berbeza daripada petunjuk Illahi.

Adalah diyakini bahawa idea TG Nik Abdul Aziz tersebut bukan sekadar berkisar diatas dasar kepentingan populis semata malah yang terpaling penting adalah dakwah Islami yang bersifat holistik yang selama ini terbatas dek kepentingan bangsa dan bahasa dan agama masing - masing .

Inilah antara bentuk reform yang sepatutnya telah lama dilaksanakan oleh pimpinan Parti Islam sebagai Khalifah diantara partai - partai yang lain. Supaya kita dilihat sebagai reformis didalam agama .Kita bukan mahu meminda apa sahaja tetapi membetulkan apa yang tidak lurus daripada agama .

Parti Islam wajib mendahului pelbagai aspek ekonomi, pendidikan, hiburan agar kita tidak dilihat sebagai kaki komplen tetapi gersang dari sudut idea apatah lagi contoh yang sangat didambakan oleh umat .

Ekonomi


Sudut ekonomi misalnya Parti Islam Semalaysia masih tidak jelas dimata rakyat. Sepatutnya negeri - negeri yang telah kita kuasai terutama kelantan sudah ada trademark yang tersendiri.Kita jadikan kelantan sebagai ' lembah hub halal ' wujudkan sektor pertanian penternakan , pertanian sayuran, paling tidak pun pusat ternakan ayam terbesar ( sebagai contoh ) yang dijamin kehalalannya.

Cabaran ekonomi dialam internet juga adalah cabaran bagi kita semua . Ramai kalangan agamawan apatah lagi rakyat teramai yang terjebak skim cepat kaya ( yang tidak Islamik ) Ulama - ulama kita pun agak lambat untuk memutuskan hukum maka terkadang kita agak terlewat untuk menasihat dan merawat .

Terbukti orang Melayu kelantan adalah paling ramai menduduki carta golongan profesional malah perniagaan kecil dan sederhana merekalah juara diantara kita.

Hinggakan di Pekan Bota Kanan itu pun adalah orang Kelantan peniaga Emas ( keluarga sebelah mertua penulis, bukan ujub sekadar menguatkan keyakinan ).

Hubungan


Hubungan Parti Islam Semalaysia dengan non muslim agak kurang nampak hikmahnya dalam kes - kes besar yang melibatkan agama kita kelihatan agak emosi.

Sebagai contoh baru - baru ini kes bertengkaran dengan Bar Council hingga membawa kepada pertikaman lidah. Sepatutnya apabila kita sampai bersemuka tidak perlu menjerit - jerit .Beritahu kepada mereka bahawa pihak kita mahu turut serta dan hujah secara baik bukankah agama menganjurkan kita berhujah secara fakta dan angka ?
Penulis bukan anti demontrasi malah pernah terlibat dalam beberapa demontrasi sebelum ini . Cuma saya bukan orang besar parti maka gambar tidak banyak dirakamkan.

Kita bimbang media sengaja menayangkan berkali - kali adegan yang kita tidak sedar itu sebenar adalah provokasi oleh pihak - pihak tertentu .Lihatlah pada hari tersebut pihak polis seperti membiarkan hingga pendemontrator masuk kedalam premis bangunan hingga wujud ketegangan.

Sebenarnya antara kelemahan kita ada kekurangan perundingan / pendakwah yang mahir berkomunikasi dengan pelbagai golongan terutama yang melibatkan para non muslim mahu pun para muslim yang sudah' westernized minded '.

Golongan ini sebenarnya terlalu kritis terkadang terdapat kritikan yang melampau terhadap Islam.Tapi itu bukanlah alasan untuk kita hanya mengomel tanpa bertindak .Sepatutnya Parti Islam SeMalaysia sudah siap siaga untuk menghadap sebarang hujah daripada golongan yang jahil ini mahupun puak yang sengaja menjahilkan diri tersebut.

Penulis kagum dengan pendekatan yang dilakukan oleh pimpinan Parti yang sanggup masuk kedalam Pusat Ibadat non muslim dengan fasih menerangkan apakah itu Islam yang sebenar dan kenapa Parti Islam perlu dipilih sebagai wadah untuk rakyat Malaysia .

Kita perlukan para ustaz dan pendakwah yang berotak faqih dan dalam masa yang sama berjiwa daie .Bukan sekadar bergelar agamawan maka orang lain dipandang kurang manfaat .

Maka usaha mempelbagaikan bahasa para pelajar pada peringkat awal mereka akan terutama di SAR adalah suatu langkah terpuji dan bervisi daei.

Berebut mayat

Setiap kali ada kematian mualaf yang bermasalah dengan taraf agamanya maka tarik menarik kedua - dua belah pihak sering terjadi. Alhamdullilah ada juga umat Islam yang prihatin sanggup berjuang demi jenazah saudaranya.

Jika tidak dek kerana kematian, murtad pula menjadi cabaran hebat bagi umat kini.

Soalnya kenapa kita tidak ambil peduli apabila mendengar tentang keIslaman seseorang anak Adam.Dimana pusat perlindungan mereka, dimana kebajikan mereka , apakah jaminan keselamatan mereka , manakah silibus khas bagi mereka untuk mendalami Islam ?

Pas mesti wujudkan pusat khidmat mualaf 24 jam jika benar - benar mahu membantu bukan sekadar berjuang setelah berlaku masalah yang sukar di selesaikan barulah kita nampak bagaikan wira tapi sayang semuanya sudah terlambat .

( peringkat awal Tim. Presiden PAS dipilih penulis pernah cadangkan kepada beliau ).

Hiburan

Ini satu lagi usaha yang perlu segera dilakukan reform Parti Islam sering berdepan masalah ini .Tetapi dalam masa yang sama kita masih belum lagi berjaya membawa alternatif bagi muda mudi umumnya dinegara kita ini.

Mungkin budaya menghukum begitu menebal didalam diri kita , tidak disangkal setiap perlakuan buruk yang lari dari konsep Islam mesti ditentang. Apakah kita hanya bicara hukum tentang alatan muzik bertali atau bertiup ?

Rakyat diluar sana mahu melihat perubahan , contoh yang dapat mengantikan hiburan ada berada dipasaran kini .

Persoalan besarnya sekarang apakah kita sudah sedia untuk menggalas tanggungjawab ini ?

No comments

Powered by Blogger.