Pro-Khairy.com jawab, Khairy pemidato berani masih berdiam



Mengikut amalan akhbar "the right to reply", maka saya siarkan jawapan laman blog Pro-Khairy.com.

Saturday, November 1, 2008

KJ Ejen CIA?

Serangan peribadi sememangnya menjadi lumrah politik, dan KJ sudah lama dilemparkan dengan bermacam-macam tohmahan dan fitnah untuk kepentingan sempit individu seperti Tun Dr Mahathir Mohamed dan anaknya yang tidak berani berdebat. Yang terkini, KJ dituduh ejen Amerika dan CIA oleh blogger kroni Mahathir, AnotherBrickInTheWall (hyperlink), di mana gambar seorang lelaki orang berkulit putih sewaktu hari penamaan calon untuk PRU 12 di Rembau yang diambil dari blog Pro-Khairy menjadi asas untuk tuduhan ini.

Saya amat kecewa dengan tuduhan terbaru ini bukan sahaja kerana ia menyerang integriti dan patriotisme KJ sebagai orang Melayu dan warga Malaysia, malah ia merupakan usaha berterusan oleh kumpulan pro-Mahathir untuk memberi gambaran bahawa KJ adalah pengkhianat bangsa dan negara, yang bersubahat dengan CIA, Kerajaan Singapura, Yahudi, dan lain-lain.

Penulis blog AnotherBrickInTheWall mendakwa bahawa lelaki kulit putih yang gambarnya terpapar di blog tersebut adalah sama ada Tom Daniel atau Mike Thompson. Walhal yang sebenarnya, dia adalah Nordin Abdullah, suami kepada Jumaatun Azmi yang merupakan sahabat karib isteri KJ, Nori Abdullah. Nordin yang berkulit putih itu berasal dari Australia dan memeluk Islam sebelum berkhawin dengan Jumaatun. Dia bukan Tom Daniel atau Mike Thompson yang dikhabarkan oleh penulis blog tersebut sebagai kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat dan Penasihat Pejabat Luar Whitehall yang disyaki bekerja untuk CIA dan MI6. Ternyata sekali yang lebih mengenali dua individu ini adalah penulis blog itu sendiri kerana maklumat tentang mereka yang dikongsi beliau – entah fakta atau rekaan – cukup mendalam.

Selain itu, penulis blog juga mendakwa lelaki kulit putih (Nordin) itu sering kelihatan bersama seorang lagi lelaki kulit hitam yang diungkapkan sebagai "negro" walaupun perkataan itu tidak lagi sesuai pada abad ke-21. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa lelaki kulit hitam itu adalah abang ipar KJ iaitu Diamond Ibrahim Ogbeide, suami kepada kakak sulung KJ, Mona Jamaluddin.

Penulis blog itu juga menyoal keperluan orang asing sewaktu tempoh berkempen untuk KJ di Rembau. Mereka itu sahabat dan ahli keluarga KJ, jadi apa salahnya jika mereka mahu bersama-sama saya atau membantu KJ sebagai calon Barisan Nasional?

Taktik kotor seperti ini memang konsisten dengan usaha sekian lama untuk mencemarkan nama dan maruah KJ dengan menuduh KJ bersekongkol dengan ejen negara asing. Saya amat berharap bahawa sandiwara dan mainan politik ini dihentikan, terutamanya apabila ia membabitkan serangan peribadi terhadap sahabat dan ahli keluarga KJ.

Saya menyarankan penulis blog AnotherBrickInTheWall buat 'research' dan 'homework' sebelum membuat sebarang tuduhan. Kes ini jelas membuktikan bahawa penulis blog ini bukan hanya mempunyai niat jahat tetapi tidak buat risikan yang tepat dan hanya berjaya memalukan diri sendiri dan juga majikannya, Dr Mahathir dan anaknya yang kurang sifat jantan.

Sedih sekali, blog penyokong pemidato hebat, yang mahukan debat Khairy-Mukhriz dan mengejek Mukhriz sebagai pengecut, tidak letakkan komen mereka terus di blog ini yang sedia menerima tetapi hanya diletakkan di blog-blog ini dan ini.

Agak terkilan juga, blog Prokhairy.com, yang menyokong bakal Perdana Menteri Malaysia, hanya blog one-way yang tidak dapat jurublog ini meninggalkan komentar.

Harap Bro_Jinggo baca baik-baik sebelum mengentam. Saya telah terangkan dalam komen-komen.

Akhir kata, bagi kamu memanggil saya sebagai majikan, ia hanya menunjukkan kau seorang majikan. Hanya seorang majikan itu ingat orang lain semua sama majikan.

Bila agaknya Khairy sendiri akan menjawab?

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/11/pro-khairycom-jawab-khairy-pemidato.html

No comments

Powered by Blogger.