baru kena gertak..dah nak tarik balik siaran..PENGECUT!!!!!
YB pembangkang bincang isu remeh tak manfaatkan rakyat: Ahmad Shabery
KUALA LUMPUR: Kecewa dengan kekecohan pada hari pertama sidang Dewan Rakyat semalam, Kementerian Penerangan akan mengkaji kewajaran meneruskan siaran langsung sesi soal jawab kerana ia disalah guna pembangkang untuk meraih publisiti murahan.
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata tindakan Ahli Parlimen pembangkang membincangkan isu remeh temeh terutama berkaitan aspek teknikal seperti peraturan mesyuarat jelas menunjukkan mereka tidak menghargai institusi Parlimen.
"Siaran langsung dibuat supaya rakyat dapat melihat Ahli Parlimen mereka memperjuangkan agenda masyarakat setempat, tetapi tindakan Ahli Parlimen pembangkang jelas menunjukkan mereka mengkhianati mandat rakyat itu," katanya di lobi Parlimen, semalam.
Pertikaman lidah antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang serta persoalan mengenai peraturan berhubung isu soalan tambahan menyebabkan sesi soal jawab hari pertama persidangan kecoh, hinggakan hanya tiga soalan dapat dijawab dalam tempoh 90 minit yang ditetapkan.
more..
No comments
Post a Comment