Mampukah Jamry Makan Nasi Lemak Bungkus?


YAB Datuk Seri Mohammad Nizar , Menteri Besar Perak berkata, kerajaan negeri telah memberi tempoh yang panjang iaitu 40 hari untuk Jamry menyesuaikan diri dan bekerjasama.

Bukan menjadi dasar kerajaan negeri untuk mendedahkan sikap sesetengah pegawai yang bertindak menimbulkan perkara meragukan.Demikian penjelasan Mohammad Nizar tentang pertukaran Jamry ke jabatan asalnya di Pejabat SUK sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas.

Kepada bekas Pengarah JAIP ini, saya ingin mengucapkan selamat bertugas dan semoga berbahagialah hendaknya dengan jawatan baru sekarang ini.

Tetapi, mampukah Jamry bersama-sama dengan kakitangan lain di Pejabat SUK makan dikantin sebagaimana MB sekarang ini? Atau menemaninya makan nasi lemak bungkus waktu rehat lepas mesyuarat? Atau bersama-sama sembahyang berjemaah disurau SUK dan mendengar tazkirah dari MB Mohammad Nizar?

Ah! Kalau Jamry mampu melakukan kesemuanya itu, saya percaya Jamry akan menjadi seorang hamba Allah, dan penjawat awam yang baik dan bersyukur.

Jamry telah dinasihatkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); tetapi beberapa Adun Umno telah mula berkokok

1 comment

Anonymous said...

Salam brother, I dont mind you coppy and phase from mine, but please mention your source.Biarlah kita ada saling hormat dan menghormati dlm berkarya dan bekerjasama.T/kasih

Powered by Blogger.